Salam Maal Hijrah 1431H dari Webmaster

9:54 AM / Posted by Rxeme Studios / comments (0)



Salam Maal Hijrah buat semua pengunjung setia yang sudi melawat blog kedai kami. Senja 1430H kian berlabuh, 1431H mula muncul. Kita semakin hari semakin dewasa dan masa semakin bertambah. Untuk itu, mulalah kita untuk memasang azam baru untuk dilaksanakan pada tahun ini. Semoga dengan bermulanya tahun baru ini, kami harap anda semua untuk terus menyokong kami bagi memartbatkan produk2 islamik supaya ia tidak terkubur dengan produk2 dari barat yang semakin hari semakin meningkat jualannya. Kami kini sedang mengusahakan online marketing bagi memudahkan anda mendapatkan barangan anda secara online melalui blog kedai kami. InsyaAllah kami akan usahakannya secepat yang mungkin untuk kebaikan kita bersama. Doakan kejayaan kami bagi melaksanakan setiap apa yang dirancangkan dan kami amat mengharapkan sokongan anda bagi meneruskan perjuangan ini. Takbir!!! Allahu Akbar!!

-Webmaster MoslemMart

Special appreciation for sister...

8:16 PM / Posted by Rxeme Studios / comments (0)



Setelah pembukaan NIFC di dalam buku muka @ facebook, banyak penyertaan yang kami terima daripada peminat2 setia nasyid terutamanya pada kaum hawa @ sister. Jadi untuk itu, kami rasa seharusnya mereka juga perlu diberi perhatian kerana tanpa mereka NIFC tidak akan mencapai jumlah ahli sebanyak yang ada sekarang ini. Untuk itu kami akan berusaha untuk mengeluarkan baju NIFC edisi muslimat disamping baju NIFC yang sedia ada. Kepada sister yang berminat bolehlah menghantarkan pesanan anda kepada saudara Shahiran di alamat emel : shahdam_18@yahoo.com dengan segera. Lagi banyak penyertaan, lebih tinggi peluang anda untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Jadi untuk tujuan itu, anda hanya perlu menghantarkan Nama, Alamat, No Telefon & Nama yang akan anda gunakan pada baju itu nanti.