Produk Baru Moslem Stylez!!

5:49 PM / Posted by Rxeme Studios / comments (0)



Salam semua!!! Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada semua pelawat blog kedai kami. Untuk tahun ini kami di MM sedang mengusahakan satu projek baju yang terbaru berkonsepkan t-shirt & jersi. Ini merupakan contoh baju yang akan di cadangkan sebagai produk terbaru kami 2010. Projek baju diusahakan oleh MoslemStylez dan InsyaAllah akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat. Buat masa sekarang kami masih lagi membuat survey tentang projek ini. Jadi kepada semua penuntut Pengajian Ilmu Wahyu UIA yang bersetuju dengan projek ini, sila hantarkan komen anda. Pendapat anda amatlah kami hargai.

*Klik pada gambar untuk gambar yang lebih jelas

Salam Maal Hijrah 1431H dari Webmaster

9:54 AM / Posted by Rxeme Studios / comments (0)



Salam Maal Hijrah buat semua pengunjung setia yang sudi melawat blog kedai kami. Senja 1430H kian berlabuh, 1431H mula muncul. Kita semakin hari semakin dewasa dan masa semakin bertambah. Untuk itu, mulalah kita untuk memasang azam baru untuk dilaksanakan pada tahun ini. Semoga dengan bermulanya tahun baru ini, kami harap anda semua untuk terus menyokong kami bagi memartbatkan produk2 islamik supaya ia tidak terkubur dengan produk2 dari barat yang semakin hari semakin meningkat jualannya. Kami kini sedang mengusahakan online marketing bagi memudahkan anda mendapatkan barangan anda secara online melalui blog kedai kami. InsyaAllah kami akan usahakannya secepat yang mungkin untuk kebaikan kita bersama. Doakan kejayaan kami bagi melaksanakan setiap apa yang dirancangkan dan kami amat mengharapkan sokongan anda bagi meneruskan perjuangan ini. Takbir!!! Allahu Akbar!!

-Webmaster MoslemMart

Special appreciation for sister...

8:16 PM / Posted by Rxeme Studios / comments (0)



Setelah pembukaan NIFC di dalam buku muka @ facebook, banyak penyertaan yang kami terima daripada peminat2 setia nasyid terutamanya pada kaum hawa @ sister. Jadi untuk itu, kami rasa seharusnya mereka juga perlu diberi perhatian kerana tanpa mereka NIFC tidak akan mencapai jumlah ahli sebanyak yang ada sekarang ini. Untuk itu kami akan berusaha untuk mengeluarkan baju NIFC edisi muslimat disamping baju NIFC yang sedia ada. Kepada sister yang berminat bolehlah menghantarkan pesanan anda kepada saudara Shahiran di alamat emel : shahdam_18@yahoo.com dengan segera. Lagi banyak penyertaan, lebih tinggi peluang anda untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Jadi untuk tujuan itu, anda hanya perlu menghantarkan Nama, Alamat, No Telefon & Nama yang akan anda gunakan pada baju itu nanti.

Nasyid Indie Fan Club Official T-Shirt

8:38 PM / Posted by Rxeme Studios / comments (2)



Setelah seminggu pembukaan Nasyid Indie Fan Club di Facebook, kami dengan kerjasama D'Jambey Entertainment telah bersetuju untuk menerbitkan baju rasmi bagi peminat2 Nasyid Indie. Harga baju adalah RM36 sahaja, jadi bagi yang berminat bolehlah menghantarkan pesanan anda ke alamat emel Admin @ Djambey : shahdam_19@yahoo.com, atau hubungi admin : 013 6074362. Insya Allah kami akan berikan yang terbaik kepada anda semua. Sokonglah industri Nasyid tanah air. Belilah barangan buatan Malaysia.

Hadiah dari Yaman di Aidiladha

8:10 PM / Posted by Rxeme Studios / comments (0)



Sempena Hari Raya Haji ini, kami bawakan kepada anda haruman yang segar dari timur tengah iaitu dari negara Yaman. Terdapat dalam 3 wangian yang berlainan. Sesuai digunakan untuk solat dan tidak mengandungi alkohol. Juga boleh digunakan untuk tujuan rasmi dan majlis-majlis. Dapatkan minyak wangi ini dengan harga RM10 sahaja dan pilih yang mana anda suka. Untuk mendapatkannya, sila hubungi pengedar kami, saudara amin :013 2225124

Nasyeed Underground sekarang di MM!!!

11:03 PM / Posted by Rxeme Studios / comments (0)




Buat pertama kalinya kedai kami menawarkan barangan yang paling laris di dalam pasaran nasyid indie iaitu album Koleksi Nasyid Indie Vol. 1 - Nasyeed Underground. Mengandungi 10 buah lagu dari kumpulan dan solo dari Nasyid independant. Juga dimuatkan 4 buah lagu dari artis nasyid terkenal Devotees, Nice, Fakhrul Radzi [Juara AQ3] dan Halim Devotees. Dapatkan yang original dari kami. Sebuah album nasyid yang unggul keluaran Neurotic Studio dengan harga RM25 sahaja. Dapatkan album ini dengan menghubungi saudara Azim : 013 2004035

Syukran @ Moslem Mart

9:52 PM / Posted by Rxeme Studios / comments (0)


Sempena dengan kedatangan Aidiladha ini, kami di MOSLEM MART akan menawarkan produk terbaru di pasaran. Antaranya ialah album terbaru Hafiz Hamidun yang berjudul "Syukran". Album ini menampilkan 10 track termasuk 1 track interlude. Keseluruhan lagu di dalam album ini diilhamkan khas dari Hafiz Hamidun buat peminat2 yang setia. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan album ini dari kami dengan harga yang istimewa! Untuk menempah album ini, sila hubungi saudara Azim : 013 2004035.